10 Ogo 2013

Cari lah aku disaat bosan atau tak punya kawan,
aku dicipta didunia sebagai hamba Allah s.w.t.
 juga ditambah dgn dicari disaat bosan~keh3

22 Feb 2013

LIMAU



"mak, esok pesan dengan ayah beli limau lagi eh"

"emmmm, yelah"

"eh, biji limau tu kau jangan telan pula"

"kenapa mak, orang telan dah"

"jangan telan,esok kau tengoklah pokok limau hidup dalam perut kau, keluar pokok dari mulut nanti"

"wargghhh!!!. mak orang dah telan banyak dah, kenapa mak tak cakap tadi"sambil tersedu-sedu menangis.

"kau tak tanya" habis lah, esok mesti keluar pokok dari mulut"

man terus menangis dengan harapan biji limau yang di telan tak tumbuh di dalam perutnya, kalau tumbuh macam mana dia ingin bersekolah, dia tak mahu di panggil man pokok limau. walaupun sekarang kawan-kawannya memanggilnya man limau.








18 Feb 2013

Kiriman

Sudah dua hari aku dapat khabar salam dari orang yang aku tidak tahu identitinya (sebenarnya budak baru pindah)
yang menyampaikan salam si Sakinah,tukang jadi posmen. sebenarnya,aku tak pernah lagi orang menyampaikan salam. budak nakal bila pula masa untuk berfikir untuk menyampai salam, menerima salam.
tapi ini kisah budak bersekolah. secara tradisinya bila salam disampaikan ,itu tandanya kau sedang dalam pemerhatian untuk disuai kenalkan. senang bahasa mudahnya kau akan terjebak dengan alam percintaan monyet.
aku perasan Sakinah lalu seperti biasa, waktu rehat ke bilik guru menghantar buku, dia melambai tangan memanggil.

"Shabil, budak baru tu kirim salam degan kau tadi ,hehe"

"oh,yeke, waalaikumussalam"

"yang kau jadi posmen? sampai menyampaikan?"

"hehe,aku tolong je,orang minta tolong"

"ah, yelah, kerja sampingankan"

"dah,itu yang disuruh aku buat, aku sampaikan je. eh, dahlah aku nak pergi bilik guru hantar buku ini,kau dah hantar belum nie bil?"

"eh,dah-dah,terima kasih"

aku berlalu pergi.monolog dalam hati,sebenarnya aku perasan budak yang berkirim salam dengan aku naik satu bas dengan aku, tapi entah, mata aku sebenarnya sering melihat sakinah yang menjadi penolong ketua kelas, menghantar buku ke bilik guru semasa aku duduk lepak dekat astaka bila waktu rehat,dan mata ini tertumpu pada Sakinah sama seperti di dalam bas setiap pergi dan pulang..

Aku menoleh kebelakang,melihat langkahnya.kalaulah Sakinah tahu, sebenarnya aku menanti kiriman salam darinya bukan dari budak baru bertoncet dua tu.






 .

16 Feb 2013

Main

Macam biasa hujung minggu, akan pulang kerumah.
cuti ,apa lagi yang mampu di buat tambah-tambah lagi awal-awal semester.
cuti, seperti biasa dengan aktiviti dengan anak buah.
walaupun sorang, insyaAllah nanti bertambah 2 atau 3 nanti.

petang tadi pergi ambil abah dia balik kerja.
seperti biasa ikut menyibukan diri.
duduk dalam kereta dia makhluk yang tak reti untuk duduk diam,
kanak-kanak normal begitu,hangpa pun kecik-kecik lagi nakal.
keh3..

"mayah jangan main payung tu,nanti abah marah"

"mayah dah main dah pun"

selamba kodok dia jawap macam tu,
yelah kau tunggu besar sikit. tau lah nasib kalau kau degil..

ceh~

1 Feb 2013

Februari

Dapat sms berbau sarcasm pagi-pagi hari. 

" kerja kau dah siap?"

"tak lagi, banyak lagi kena buat, tak tau nak tambah dekat mana"

" ah,tak apalah, nanti siapkan"
"selamat masuk bulan Februari "

"eh,hari ini 1 hb bulan dah? cepatnya"

"dekat rumah tak ada kelender ke?"


-_-


kata-kata semangat bulan ini.




26 Jan 2013

Cuti

" kau ni dah macam anak dara dah aku tengok,duduk dekat rumah ja"

"dah,?aku nak pergi mana, nama pun cuti"

"kau cuti lama tak?"

"kejap ja,22 hari ."

"dah kerja lah, dapat jugak duit,"

"kau tak kerja hari ni?"

"aku cuti"

-_-



25 Jan 2013

Old Timer

lepas satu sem duduk lepak berbual dengan masyarakat berumur 20an.

balik cuti sem, merupakan saat untuk bertemu lutut dengan golongan masyarakat umur 30-40an.

mereka golongan yang sudah berkeluarga. perbualan mereka berkisar tentang keluarga,kerjaya, masalah yang lebih besar, bukan kisah tentang hari ini aku nak makan apa, tapi hari ini keluarga aku nak makan apa.
hari ini duit aku nak belanja untuk kekasih yang mana. tapi mereka tentang anak isteri aku perlu berapa duit belanja. mereka golongan yang fikir tentang tanggungjawab setiap masa, yang nampak dalam diri mereka adalah masa depan bukan untuk mereka saja,tapi orang yang dipertanggungjawab kepada mereka.

"hidup ni, memang banyak masalah,banyak dugaan, dengar orang berkahwin yang duduk dekat kampung, dengan sara hidup yang tinggi, kau jangan ingat derita ja,ada bahagia dia.Ha kau bila nak kawin?"

"kah3, tolong jangan hasut, ijazah pun tak lepas lagi "




-_-

Tak Hilang

setiap petang cikgu mengajar di  PASTI akan hantar mayah balik rumah.
satu tabiat budak-budak bila balik rumah suka berlari-lari bila keluar pintu dari kereta.

"mak tok, mayah jatuh, dekat depan tadi"

"tulah mayah,cuba jalan elok-elok,nak kejar apa lari-lari ni?"

"berdarahlah mak tok lutut mayah, sakitnya.."

"mana?, ni mak tok tengokkan"
"berdarah dah kan, dah mak tok tiupkan sini,nanti hilang"

"ishh...berdarah mak tok, sakit..."

"fuhhhh, dah nanti dia hilang"

"tak mak tok, tak hilang, tiup pun tak hilang,tengok ni ada darah lagi, sakit lagi"


-_-




24 Jan 2013

Pagi

6.35pagi - "abi,bangun mak suruh kejut kau,kau cakap nak balik U balik ,dah cepat bangun"

6.40pagi - "cepat sikit boleh tak mandi, aku karang lambat nak pergi,jalan dekat lima kedai tu dah lah
                  selalu  jem" aku protes dengan orang yang mandi lambat, tapi nak cepat bila orang lain yang
                  mandi.

6.50pagi - print kerja untuk tunjuk dengan Supervisor. tak banyak, tapi kalau silap bila buat, kau mula   
                  rasa nak menyampah buat kerja.

6.59pagi - "abi dah siap kerja sekolah belum?" tanya mayah bila tengok printer   
                  bunyi "tret,tret,tret, kemudian keluar kertas bertulis. 

6.60pagi - dalam hati "kau ingat pakngah kau sekolah Pasti ada kerja sekolah "

-_-

Syukur

dari kecik satu perkara yang aku sering di ingatkan oleh arwah ayah.

"ingat,kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang yang lagi susah"

mengajar erti bersyukur dalam diri memang agak susah. tapi antara perkara yang boleh membuatkan rasa syukur itu timbul adalah dengan bercampur gaul bersama mereka yang susah. duduk bersama untuk merasai denyut nadi mereka yang tidak begitu mewah seperti kita.

ingat ;

"kadang orang syukur itu lebih besar darjatnya dari orang yang bersabar "

jadi bersyukurlah, masih diberi nyawa menghirup udara percuma, maka berusahalah untuk dunia bagi mengejar akhirat kelak ;

"jangan lupa apatah lagi alpa, kita manusia bertuhankan yang esa,Ia tidak beranak dan tidak juga diberanakan ."

23 Jan 2013

Rahsia

ada manusia terlalu menyimpan rahsia.
ada manusia yang berahsia.
ada manusia yang tak reti untuk menyimpan rahsia.
dan ada manusia yang suka mengorek rahsia

wajah setiap satu manusia ini berbeza,
asas sifat mereka turut berbeza.
yang menyamakan mereka,mereka tetap perlukan udara untuk hidup.
tapi itupun kadang mereka lupa,
ada yang menganggap menjadi kaya,makan mewah, ada awek dan isteri yang cantik seperti emma maembong ,wawa, atau pun neelofa (walaupun yang sebenarnya yang comel itu heliza helmi.)
adalah keperluan utama hidup

terpulang untuk merahsiakan sesuatu itu, kalau perkara itu mengaibkan. simpan.
kalau perkara itu merumitkan, simpan.
kalau perkara itu ringan dan tidak memeningkan , simpan.
tapi jika itu keperluan untuk menyelamatkan seseorang dari terus "berkecimpung" dalam bahaya. kongsikan.

"apa kau ingat aku nak tau sangat pasal diri kau"
"bukan masalah, yang boleh memusnahka dunia"
kata ali kepada abu yang tak ingin berkongsi rahsia tentang jenab..

(:



Maulidur Rasul

Hari ini maulidur rasul
sambutan hari kebesaran Rasulllulah.
apa yang menarik di Malaysia, adalah berarak, ceramah, dan paling orang nantikan makan nasi minyak dalam dulang beramai-ramai. itu salah satu contoh yang baik, berkongsi makanan, bermesra, makan untuk cukup mencukupi satu dengan yang lain.

hari ni juga merupakan cuti umum bagi negeri Johor.
orang mengambil masa ini untuk berehat bagi yang berkerja ,yang bersekolah, hari ni bebas untuk tak belajar mendengar bebelan guru.
masing-masing punya cara mengisi hari ini dengan cara tersendiri.

Mayah penghibur aku.
dia menyanyi lagu istimewa untuk peristiwa hari ini.
lagu evergreen yang dari kecil aku pun menyanyikan, maknanya keberlangsungan lagu ini masih diteruskan.
kita punya pelbagai cara untuk mendidik dari kecil. asal cukup matlamat,laksanakan.

"Rasullulah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirah mu,
pahit getir perjuanganmu ,
membawa cahaya kebenaran,"

bila terdengar lagu ni, harap tiga bulan akan datang negara ini berubah corak pemerintahan, kearah yang lebih baik, model negara islam yang sebenar, dan pemimpin islam yang melaksanakan keadilan dengan seadil-adilnya.

Kucing Hitam

Semalam ada kucing hitam datang blok asrama.
kucing memang manja, blok asrama memang selalu menerima kunjungan haiwan-haiwan yang cool dekat universiti ni. Contoh lain adalah babi, ya babi. tiga hari lepas seekor ditembak oleh pengawal. menganggu ketenteraman pelajar kata mereka.

Kucing hitam datang mengesel-gesel kepala dan badannya pada aku, aku cakap dengan orang yang gila kucing.

"Qal, ni ada orang baru datang dekat blok"
"manja pula tu, kucing siapa pula yang datang ni?"

"mana?"
"tu"

Qal ambil kucing tu bawak masuk bilik, dia memang suka kucing.

"dasar bapak kucing."

..............................................................................................................................................................

"Bie, ada kucing warna hitam dekat bilik qal"
"oh yeke Mie?"aku pura-pura bertanya.

tetiba teringat lagu ni bila ada perkataan kucing hitam.
aku terus menyanyi lagu depan Mie.

"Kucing hitam, yang bermain di depan ku, ku tak hirau........."

Kucing Hitam

tetiba teringat dengan seseorang bila dengar lagu ni.



15 - 1

hoi!!

jerit Zahrul.

"kau datang sini lah kalau berani, pukul kasi pecah muka aku"

"yang kau tak puas hati dengan aku kenapa?"

"sekarang kau yang tak puas hati , kau yang kacau budak-budak aku"

..............................................................................................................

seorang - seorang di tumbangkan Darus
diakan seorang yang hebat bergaduh, badan keras,tenaga kuat.

melihat situasi makin teruk, geng-geng Zarul pukul Darus beramai-rami. kena riot orang Johor panggil.

..............................................................................................................................

"berapa orang pukul dia?"

"dalam 15 orang juga"

"oh ,yeke, anjing garang pun mati kalau kena pukul ramai-ramai macam tu."

"gaduh sebab apa?"

"dengar kata sebab perempuan"

"oh ingat gaduh sebab pertahankan islam."
"patutlah ramai sangat yang datang, orang lelaki memang selalu tunjuk hero bila pasal perempuan,"

"kau jangan macam tu pulak nanti,sebab perempuan sanggup bergaduh sakit badan"


Mail Versi Perempuan

Akak aku minta tolong dengan anaknya untuk ambil kain diampain luar.

"Mayah tolong Mama ambilkan kain dekat luar tu"

Sumayyah buat tak tahu .
Mak dia mula naik angin bila dia tak nak bergerak.

"Mayah tolong mama pergi ambilkan kain dekat luar tu

"dua singgit,dua singgit, dua singgit"

cakap Sumayyah pada mamanya sambil ketawa.


Hak

Summayah pulang awal hari ini.
 
Aku tanya." mayah, ada kerja sekolah tak hari ni?"


"ada, tapi nanti kejap lagi mayah buat".

"Mayah nak pergi umah tok ngah nak jumpa eva."

"kau ni Mayah main saja kerja, lepas kerja sekolah tak siap."


Sumayyah menuju pintu pakai selipar terbalik. 

sambil  bercakap :

"hak bermain, hak kami"



keh3..