11 Apr 2011

ibu~~


Ibu...

seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.
  
  


Jika kita melihat pada hadis ini, betapa tingginya kedudukan seorang wanita yang bernama ibu pada pandangan Allah dan rasullulah, ibu seorang yang sentiasa hampir dengan kita takala kita sedih, gembira,dan duka. Sifat kasih syang yang terdapat dalam diri seorang wanita bernama ibu sukar diertikan dengan kata-kata, tetapi lebih kepada perbuatan,

Kita dapat melihat bagaimana seorang ibu yang bersusah payah untuk menjaga seorang hatta 10 atau 20 orang anak tanpa merasa akan keletihan dan sentiasa mengukir senyuman untuk melayan pelbagai kerenah anak-anaknya. Senyuman yang yang sentiasa mengukir pada bibirnya sentiasa memberikan nya semangat baru untuk terus menjaga anak-anaknya. Ibu juga sering berlapar kerana ingin anak-anaknya kenyang sebelum tidur malam. Hebatnya seorang ibu, pengorbanannya penuh dengan makna. Sentiasa mendahulukan anak-anaknya dalam setiap perkara.

Bagi anak-anak, orang yang paling rapat dengan mereka adalah ibu, setiap masalah diceritakan kepada ibu, jika  bapa memarah kita, ibu lah menjadi tempat kita meminta simpati, bila kita kita merajuk dengan sesuatu, ibu lah orang yang pertama akan merasa akan perasaan kita. Betapa indahnya hidup kita ini dikurnia akan ibu.tempat setiap perasaan kita dikurniakan untuk meluahkan.

Tetapi kita sebagai anak adakah sentisa mengingati insan yang bernama ibu dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasa mendahulukan ibu dan bapa dalam setiap keputusan kita. Jangan kita berkasih sehingga melupakan mereka. Ibu tidak mengharapkan apa-apa dari anaknaya. Hanya mengharapkan kasih sayang anak-anak agar tidak melupakan mereka. Adakah kita sentiasa mengigati mereka dalam doa kita.? Itu adalah perkara asas yang mampu kita lakukan untuk sentiasa mengigati mereka sejak dari awal lagi. Saya masih ingat dengan satu kisah bagaimana seorang ibu yang sudah tua mengharapakan ehsan anak-anak untuk tinggal dirumah mereka, tetapi sering dikatakan memberi masalah, ibu itu berulang alik dengan berjalan kaki untuk pergi setiap rumah anak-anaknya untuk menumpang tidur. Betapa seorang anak sanggup melakukan perkara itu pada seorang ibu. Sedangkan saat mereka kecil ibu itulah yang menyuapkan mereka, membasuh najis mereka. sedih bukan, itulah yang terjadi pada masa sekarang.

  
Jika kita lihat betapa besarnya pengorbanan ibu pada seorang anak, ianya sudah cukup membuatkan kita sentiasa berusaha untuk sentiasa tetap dengan pendirian untuk sentiasa berbuat baik dengan ibu, tiada sebab untuk kita membelakangkan ibu kita dalam kehidupan kita. Penghormatan dan ketaatan kita pada ibu harus dikekalkan dalam diri kita. Seorang ibu tidak pernah ingin melihat anakanya gagal dalam kehidupan. Sentiasa dekat dengan ibu kita untuk kita peroleh keberkatan dalam hidup. Jangan kita jadi seperti kisah sitanggang yang melupakan ibunya saat dia dipuncak kejayaan. Subahaallah.....

(Untuk ibu ku Rosmilah Koya..selamat hari lahir yang ke-47 tahun..semoga sihat dan sentiasa didalam keberkatan Rahmat Allah s.w.t..=)