23 Jul 2012

Terlupa


Man memandang zin dengan penuh khyusuk. Setiap butir kata yang keluar dari mulut zin diteliti dengan baik satu-satu... “hak kita sebagai penghuni asal tempat ini diambil, perkara ini tidak adil, bagaimana kita hendak makan dan anak-anak kita nanti”
Banyak tumbuhan mati hanya dalam waktu seminggu ini, puncanya pelepasan sisa toksik yang dibuang ditempat mereka, tumbuhan sumber makanan mereka musnah, mereka telah keputusan makanan, hidup dikawasan pedalaman sebegini meyebabkan mereka perlu berjalan jauh untuk mendapatkan hasil makanan mereka.

“Tengok sajalah setiap hari kita perlu menyabung nyawa untuk pergi jauh dari sini untuk mencari makanan,kalau begini keadaanya pergi tak kembali gamaknya nanti” Zin mula menaikan nada marahnya. Perasaan ini tidak dapat dibendung lagi, dia tidak mahu anak-anaknya pula menangung beban yang terkemudian akibat sikap pihak lain yang datang hanya untuk menabur kekayaan pada diri sendiri tanpa memikirkan hal pihak lain.
“aku tak nak anak-anak aku menjadi mangsa keadaan ini,aku tak nak isteri aku jadi janda” Man yang khyusuk dari tadi tiba-tiba tergelak mendengar rungutan zin yang satu itu.
Man  bukan tidak hendak bersuara , tapi dia berfikir, bagaimana hanya bercakap sana sini, masalah yang mereka hadapi akan selesai, dia kemudian merenung tajam zin.
“zin aku fikir kita perlu buat sesuatu untuk selesaikan masalah kita ni, kita tak dapat hasil dengan hanya bercakap sana- sini, penduduk kita perlu sedar juga, aku fikir baik kita jumpa dengan ketua kita, mungkin dia ada buah fikiran yang bagus”.
“aku setuju je,asal masalah kita selesai,mati pun aku sanggup asal anak-anak aku yang masih kecil tu terus hidup”
Perjalanan dengan penuh harapan agar ketua mereka tok jib memberikan buah fikiran yang baik untuk meyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam fikiran mereka berdua. Harapan untuk meyelesaikan masalah ini secepat mungkin menjadi perbualan mereka sepanjang perjalanan.
 Mereka tidak sanggup keluar pagi balik petang untuk keluar jauh ke kawasan lain yang belum tentu selamat untuk diri mereka, tempat tinggal mereka sungguh kaya dengan tumbuhan, bahan kimia dari kilang toksik berhampiran yang memberikan pulangan berjuta kepada pihak lain memberikan kesan lansung terhadap mereka, mereka tidak sanggup menhadapi bau busuk toksik, kesan kimia terhadap mereka, mereka tidak mahu mandul untuk kebelangsungan generasi mereka, mereka tidak mahu bangsa mereka pupus akibat sikap pihak lain.

Pembangunan toksik yang konon nya memberikan pulangan berjuta kepada Negara dan dijamin tidak memberikan kesan kepada alam selitar, sekarang mula memberikan kesan yang mereka rasai,
“korang nak kemana ni? Semacam je laju..” tegur zaini, mereka berdua tidak perasan zaini yang berada dilaluan mereka, mereka terlalu asyik berbual mengenai masalah mereka hadapi.
“kami hendak ke rumah ketua, tempat kita ni dah tercemar teruk dengan bahan toksik dari kilang tu.”
“kau tak perasan ke zaini?” soal zin..
“eh, aku perasan benda nie, aku sebenarnya nak cari korang lah untuk bincang perkara nie, aku dah tak sanggup lagi,dah seminggu aku terpaksa cari makanan di luar,”
“baguslah.. jom kita pergi ke rumah ketua kita sekarang “ tegas man yang sememangnya sangat bersemangat dengan masalah yang mereka sedang hadapi.
Rumah ketua mereka Tok Jib di tuju. Tok Jib ketua yang mereka pilih pada sesi lepas,selepas ketua lama mereka hilang waktu keluar mencari makanan diluar. Mungkin mati dibaham oleh “pemangsa” fikir mereka semua.
Tradisi tempat mereka , kuasa pemerintahan memang diwarisi turun temurun, mereka percaya kepada darah pemimpin yang ada pada waris ketua, ada “daulat” tersendiri fikir penghuni kawasan tersebut.
Bagi man,zin dan zaini, darah sejuk mereka yang mengalir sentiasa panas, banyak pandangan ketua mereka tidak selari dengan pendapat mereka, tapi apakan daya. Hanya mereka bertiga yang memberontak, lainya, hanya angguk setuju dengan setiap keputusan yang di buat oleh Tok Jib.
Mereka memang suka menentang, tapi kerana satu sebab, pendapat yang ketua mereka berikan sering kali tidak memberikan kepentingan kepada penduduk, kerana itu mereka sering menentang.
Tok jib sedang meletakkan bahan mentah makanan nya dihadapan rumahnya,
Mereka bertiga tersenyum, mereka mengerti, tentunya tok jib baru pulang dari mencari makanan. Tentu dia turut merasakan kesan toksik yang melanda mereka.

“Selamat sejahtera tok” mereka bertiga serentak menegur tok jib.
“ermmm,” jawab tok jib, perasaanya pada mereka bertiga menjadi tawar selepas meraka bertiga menentang usahanya untuk memberikan sedikit kawasan mereka kepada pihak lain untuk dijadikan perkampungan.
“baru balik dari mana tok” tanya zin.
“aku baru balik dari cari bahan makanan” tok jib menjawab.
“kami datang ada hajat tok, saya terus terang pada hajat kami bertiga untuk berbincang dengan tok tentang masalah yang sedang penduduk kawasan ni hadapi” man mula bersuara.
Zin dan zaini memberikan laluan kepada man, mereka berdua sedar yang man punya tutur kata yang lebih baik untuk berkompromi dengan banyak pihak, sikap tegasnnya memang diakui.
“saya dan rakan-rakan lain dah seminggu terpaksa mencari makanan diluar tok, kawasan kita sudah tercemar. Saya tak mahu anak bini saya mati kebulurun di tanah sendiri. Jangan paksa kami”!! nada tegas man sedikit membuat tok jib membesarkan sedikit matanya.
Terperanjat dengan nada man.
“aku tau perkara tu man, tapi kita sebagai penghuni tempat ini harus patuh, aku dengar pihak tu akan memberikan jaminan yang tempat kita tidak akan tercemar”
“ perkara yang berlaku mungkin kesilapan teknikal”
Tok jib. Orang yang sentiasa menyokong segala perkara dilakukan oleh pihak lain. Baginya segalanya halal. Asal dia hidup aman..
“sudah lah tok, saya malas nak bincang dengan tok lagi, sikap tok buat kami makin menyampah dengan kerja tok, mengampu tak kira masa”
“fikir nasib anak cucu kita tok” tinggi suara man. Amarahnya terhadap tok jib tidak dapat dibendung lagi.
Dia “terbakar” dengan cakap-cakap tok jib.
Mereka bertiga beredar, langkah drastik harus diambil, jika perlu mandi darah melawan tok jib harus mereka ambil, mereka bertekad untuk terus juga,
“aku nak mengerakan masyarakat kita untuk menentang pihak tersebut, dari dulu mereka mengangu kita, mereka tidak puas dengan apa yang mereka ada.” Zai mula bersuara,
Dia mempunyai sedikit ilmu dan pengalaman semasa tinggal di lembah klang, banyak peristiwa kebangkitan masyarakat tertindas dia lihat dan dengar.
Inilah masanya dia mengerakan masyarakatnya, untuk menuntut kembali hak mereka.
“begini.mulai sekarang kita sebarkan maklumat mengenai bahaya bahan toksik ini kepada semua bangsa kita”,
Selagi boleh kita gerakan mereka,biar mereka tahu tentang bahayanya bahan toksik ni untuk mereka dan masa depan anak-anak mereka.
Mereka bertiga bersetuju dengan cadangan zai.
Strategi disusun, maklumat digunakan sebaiknya oleh mereka untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mereka,
Meraka tak mahu proses angguk setuju,dan pembodohan bangsa meraka terus dijalankan untuk mengenyangkan 2,3 orang puak yang pentingkan diri sendiri.
Sebaran maklumat berjalan,sudah 3 hari mereka menjalankan perancangan mereka,jumlah yang menyokong semakin bertambah, dari 10,menjadi 30,dari 30 menjadi 90.

Mereka merasakan sokongan yang cukup kuat, mereka bertiga mengerti ,bangsa mereka bukan ingin begini,tapi keadaan memaksa mereka untuk menjadi lebih berani untuk bersuara, selama ini mereka takut,dan kurang mengerti masalah yang mereka hadapi. Mereka sering dimomok-momokan dengan manis mulut tok jib.
Tok jib mula merasa terancam,keaadaan sudah berubah,dia merasakan posisinya dicabar,tapi apa yang dia mampu buat, penyokongnya dulu pun mula berpaling tadah.
Berita mengenai gerakan demontrasi membantah tindakan pihak menbuang sisa toksik bertiup kencang.
Bagai angin lalu,mula dirasakan lembut,tapi semakin kencang bila hujan turut serta,dan kuasa yang mengerakannya semakin kuat,
Demontrasi yang tidak dirancang berjalan,semuanya bermula bila zai mula menberikan ucapan,
“……saudara semua adalah bangsa yang hebat,mengapa kita biarkan pihak lain memijak kepala kita”
“…Pembodohan ini harus dihentikan,”
“Kita tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa oleh pihak yang mementingkan keunttungan,”
“Hari ini kita berkumpul bagi menyatakan pendirian kita terhadap masalah ini,dan turunkan ketua kita yang kaki mengampu itu”
Laungan “tok jib turun” semakin kuat..
“hidup-hidup ,hidup keamanan” semakin kencang,
Laungan dari peserta.
Mereka mula bergerak..
Rumah tok jib menjadi tujuan…















…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Gelap……….
Pening mula menangkap kepala, mual tekak mula menjelma,
Sisa toksik menyerap kehidup,pedih mata, sesak nafas mereka yang mula bergerak dirasakan,
“ah, sisa toksik dicampakkan,mereka tak mampu berbuat apa, menunggu ajal tiba”
Mereka mula sedar mereka hanya ikan di sungai lembing,puyu,patin,baung,jelawat, dan haruan..
Mereka bukan manusia,manusia khalifah yang menguruskan bumi ini..mereka menunpang bagi diuruskan, tapi ,hak mereka dirampas.
Gelap,makin gelap.ajal tiba tak lama,
Sekejap,akibat toksik di sungai lembing~

Gengster


Semua kenal dengan kamal, seorang gengster melayu di kawasan tempat tinggal ini, sudah 10 tahun lebih aku hidup di kejiranan ini,tapi aku tak pernah berbual  dengan kamal, susah  untuk terjumpa kelibatnya. Teringat aku peristiwa bila terdapat sekumpulan budak-budak baru hendak menjadi gangster “langgar” kawasan Kamal. Putus telinga budak itu dikerjakan.
Kerja kamal bukan hanya sebagai gengster yang diupah untuk memukul orang , tetapi dia juga bekerja sebagai body guard di salah satu kelab malam terkenal  di bandar, aku kadang kala teringin juga ingin menjadi seperti kamal, seorang gangster yang di geruni,di takuti, dan dihormati. Biar orang pandang tinggi dengan aku dan jangan di buli selalu.

Aku sering dibuli disekolah , bukan tidak mahu melawan tetapi yang membuli aku adalah anak saudara kamal sendiri, disekolah semua orang gerun dengannya. Nama pakciknya dijaja untuk menjadi kuat, walhal dia bukan kuat . Tapi kami budak kecik ada rasa takut. Kami takut di gertak dengan kamal. Aku masih kecil. Kadang aku ingin berlawan ,tapi nafsu ku terhenti mendengar kata-kata kawan yang sentiasa memberi semangat untuk tidak melakukan, kadang aku berterima kasih kepada kawan-kawan dengan kata-kata semangat itu.

Ketika pulang dari sekolah,melalui lorong jalan pintas kerumah dan adalah laluan utama bagi ku.
Tiba-tiba aku mendengar pekikan sorakan.
“pukul je dia abu” berulang-ulang.
“balas balik hasrul” berulang-ulang.
Aku bergegas kesitu, melihat abu dan hasrul bertumbuk. Kedua-dua adalah gengster disekolah,siapa yang tidak kenal mereka, kedua-dua ingin berkuasa.
abu adalah anak saudara kamal.
Selepas puas bertumbuk ,aku lihat abu sudah tidak bermaya, diangkat oleh kawan-kawan gangsternya yang lain.
“aku beritahu pakcik aku ,ko pukul aku hari ini”!!
Amaran dari abu, semua beredar selepas geng-geng abu suruh beredar dari situ.
Semua pulang, aku turut pulang,selalu juga aku melihat abu bergaduh di lorang ini,kadang-kadang aku rasa tak perlu aku membeli tiket wayang cerita tamil yang penuh dengan aksi,kerana aku dapat melihat depan mata sendiri. Seronok juga kadang-kadang, "wayang free" kata orang.
Selalu sebelum pulang, kedai uncle Muttu menjadi singahan ku, aku membeli gula-gula untuk bekalan bermain nanti petang-petang dipadang.

Sampai dikedai aku pusing 2,3 kali,bukan mencari gula-gula,tapi aku suka dengan kedai uncle muttu, besar dan banyak barang, ketika aku ingin mengambil gula-gula disebelah kaunter, kamal masuk menuju ke kaunter, dia meminta rokok Malboro soft pack dari uncle Muttu
“ini rupanya kamal,tegap dan gagah,patut lah jadi gangster” bisik hati aku.
“ini rokok Malboro soft pack, 1 harga 12.00 ringgit juga” uncle muttu dengan loghrat indianya.
Kamal membelek-belek kotak rokok kemudian bersuara “wei ,Muttu,kasi yang gambar budak kecik muttu dekat kotak ni,aku tak nak yang ada gambar paru-paru hitam ni”
Uncle muttu mencapai kotak rokok yang kamal inginkan.

Kamal berlalu ,selepas membayar, dan membakar rokok yang dibeli di hapadan uncle muttu.
Aku membayar gula-gula ,otak aku berfikir entah kemana pula gangster ini akan "berkhidmat" setelah mendapatkan rokok malboro soft pack dengan gambar bayi pra-matang dihadapan  40% dan 60% di belakang kotak berserta amaran oleh kerajaan Malaysia.
“rokok boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang”



9 Jul 2012

cinta



kerana cinta hidup melara,
kerana cinta tidak selera,
kerana cinta hilang saudara,
kerana cinta musnah segala,

diberikan cinta bukan untuk maksiatan,
diberikan cinta bukan untuk menyesatkan,
diberikan cinta bukan untuk hilang pemikiran,
diberikan cinta hanya untuk keberkatan,
diberikan pada mereka yang berfikiran dalam penilaian,

hidup tanpa cinta mampu mati,
hidup tanpa cinta tidak bererti,
hidup tanpa cinta hilang simpati,
hidup tanpa cinta manusia umpama mayat tegak berdiri,

cinta kekasih hati untuk seketika,
cinta pada harta untuk sementara,
cinta pada dunia buat kita sentiasa alpa,
cinta pada maksiat untuk kita binasa,

cinta kepada Allah cinta teragung,
cinta kepada rasullulah cinta terulung,
cinta kepada Al-quran sungguh bergunung,
cinta kepada syahid sukar dihitung,

29 Jun 2012

Parking


Perut aku semakin lapar,kuliah tak juga putus-putus,
Hati kecil aku mula melonjak bertanya bila kuliah akan berakhir,
Air-cond semakin sejuk aku rasa.
Apalah budak-budak ni,tak sejuk agaknya,aircond 3 horse power dibuka paling sejuk,manalah tak mengantuk mata aku.

Jam di telefon nokia c3 aku menunjuk kan 12.45 pm.
Aku menguis-guis tangan wan disebelah aku yang khyusuk dari tadi mendengar.
“apa”? wan bersuara.
Tersengih aku sekejap,aku dah bosan,kuliah yang diberikan prof setengah jam yang lalu,macam asap nikotin yang kawan-kawan selalu hisap ,menghembuskan pada aku,menyesakkan kepala.
“ko tak lapar ke?” .aku berbunyi.
“lapar lah jugak,kejap lagi habis lah kuliah ni,”

Aku terpusing-pusing kanan kiri,belakang, tengok kawan-kawan lain.
Aku tengok huda  terangguk-angguk mengantuk,aku pusing kekanan pula tengak akim khuyusuk mendengar, ke kiri,aku lihat nur yang resah, si nur perasan aku melihatnya, berkata dengan aku dengan mengerakan bibir,
“bila nak habis ni,aku lapar dah”
Aku membalas “esok baru habis” dengan tersenyum.
Semua dengan muka mengantuk, dan menahan lapar,

Prof aman masih lagi memberi kuliah dengan khyusuk. Entah bila hendak berhenti.
“Pembinaan sesuatu bangunan harus lah menepati spesifikasi…….”
Hujah prof aku dengar seperti tidak dengar,lapar telah menguasai tempat.
Aku melayang,teringat untuk makan apa nanti di arked.

“ok kelas kita tamat sampai sini,tugasan saya akan upload kan esok di e-learning” suara prof mengahabiskan kuliahnya.
Aku acuh tak acuh dengan kata-kata prof.
Semua beredar selepas prof menghabiskan ayatnya. Esok masih ada kelas dengan dia lagi.
Aku terus keluar menuju parking motor,
Aku memanggil wan,aku suka makan dengan wan,dia makan ibarat diistana selesanya,kenyangnya dan nikmaynya,aku seronok melihat dia makan,kami naik motor, terus ke arked.

Sampai di arked , aku tuju di parking belakang,tapi parking belakang penuh,aku ke parking depan pula,dan mematikan enjin ,aku toleh kanan kiri sebaliknya parking motor yang ada dipenuhi dengan kereta.
Aku menghidupkan enjin motor aku semula tanpa berkata apa-apa dan wan membebel-bebel memarahi.Aku malas melayan dan terus menuju ke arked lain,dalam hati aku berkata, “mungkin mereka lupa yang mereka belajar di universiti agaknya.”


14 Jun 2012

Sepi Mengusur.

sepi senyap,
entah apa yang dianggap,
tepi-tepi yang tak dihinggap,
terus kehati dia mendekap

menyusur,
sampai tak perasan dia mendekat,
lupa dia punya bisa melekat,
cuba lalai, dengan izin dia bersahabat~