23 Jan 2013

Maulidur Rasul

Hari ini maulidur rasul
sambutan hari kebesaran Rasulllulah.
apa yang menarik di Malaysia, adalah berarak, ceramah, dan paling orang nantikan makan nasi minyak dalam dulang beramai-ramai. itu salah satu contoh yang baik, berkongsi makanan, bermesra, makan untuk cukup mencukupi satu dengan yang lain.

hari ni juga merupakan cuti umum bagi negeri Johor.
orang mengambil masa ini untuk berehat bagi yang berkerja ,yang bersekolah, hari ni bebas untuk tak belajar mendengar bebelan guru.
masing-masing punya cara mengisi hari ini dengan cara tersendiri.

Mayah penghibur aku.
dia menyanyi lagu istimewa untuk peristiwa hari ini.
lagu evergreen yang dari kecil aku pun menyanyikan, maknanya keberlangsungan lagu ini masih diteruskan.
kita punya pelbagai cara untuk mendidik dari kecil. asal cukup matlamat,laksanakan.

"Rasullulah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirah mu,
pahit getir perjuanganmu ,
membawa cahaya kebenaran,"

bila terdengar lagu ni, harap tiga bulan akan datang negara ini berubah corak pemerintahan, kearah yang lebih baik, model negara islam yang sebenar, dan pemimpin islam yang melaksanakan keadilan dengan seadil-adilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan