18 Feb 2013

Kiriman

Sudah dua hari aku dapat khabar salam dari orang yang aku tidak tahu identitinya (sebenarnya budak baru pindah)
yang menyampaikan salam si Sakinah,tukang jadi posmen. sebenarnya,aku tak pernah lagi orang menyampaikan salam. budak nakal bila pula masa untuk berfikir untuk menyampai salam, menerima salam.
tapi ini kisah budak bersekolah. secara tradisinya bila salam disampaikan ,itu tandanya kau sedang dalam pemerhatian untuk disuai kenalkan. senang bahasa mudahnya kau akan terjebak dengan alam percintaan monyet.
aku perasan Sakinah lalu seperti biasa, waktu rehat ke bilik guru menghantar buku, dia melambai tangan memanggil.

"Shabil, budak baru tu kirim salam degan kau tadi ,hehe"

"oh,yeke, waalaikumussalam"

"yang kau jadi posmen? sampai menyampaikan?"

"hehe,aku tolong je,orang minta tolong"

"ah, yelah, kerja sampingankan"

"dah,itu yang disuruh aku buat, aku sampaikan je. eh, dahlah aku nak pergi bilik guru hantar buku ini,kau dah hantar belum nie bil?"

"eh,dah-dah,terima kasih"

aku berlalu pergi.monolog dalam hati,sebenarnya aku perasan budak yang berkirim salam dengan aku naik satu bas dengan aku, tapi entah, mata aku sebenarnya sering melihat sakinah yang menjadi penolong ketua kelas, menghantar buku ke bilik guru semasa aku duduk lepak dekat astaka bila waktu rehat,dan mata ini tertumpu pada Sakinah sama seperti di dalam bas setiap pergi dan pulang..

Aku menoleh kebelakang,melihat langkahnya.kalaulah Sakinah tahu, sebenarnya aku menanti kiriman salam darinya bukan dari budak baru bertoncet dua tu.






 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan