20 Mei 2011

BOnggol dan lubang

Kamal memerhatikan pemanduan ayahnya sekejap laju sekejap memperlahan kan kereta yang dibawa oleh ayah nya. Kamal merasakan seperti ingin muntah dengan cara pemanduan ayah nya. Terhentak-hentak dibuatnya bila ayahnya memperlahankan kenderaanya.
“sakit pinggang saya ayah,”kenapa bawak kereta macam ini ayah??macam nak muntah saya dibuatnya, soal kamal yang berusia 11 tahun.
Perjalanan untuk mengambil kakaknya yang ingin pulang dari kerja tiba-tiba berubah menjadi perjalanan yang amat memenatkan dan panjang fikir kamal.
Ayah kamal hanya tersenyum mendengar persoalan kamal. Tiada tidak menjawap sambil sekali lagi memperlahankan kenderaannya untuk menghadapi ujian pemanduan untuk mengambil anak dara perempuanya.
Sekali lagi juga kamal merasa seperti henjutan maha kuasa bila bapanya tidak sempat mengurangkan kelajuan kereta yang dipandu pada masa yang sesuai.
Tersedak kamal, “ayah boleh bawak macam selalu tak. Kamal rasa nak muntah dah nie” kata kamal.





Ayah senyum sambil menjawab “bonggol-bonggol nie dibuat untuk memperlahankan kenderaan yang lalu lintas. Melalui kaedah ini sikap pemandu dapat dibentuk agar membawa kenderaan mereka dengan lebih cermat” terang ayah kamal panjang lebar.

Kamal membalas” tapi kalu macam tu kenapa tidak buat kat depan sekolah kamal. Kat depan sekolah kamal banyak kereta yang laju- laju. Sampai takut kamal nak melintas.” Kata kamal,mempersoalkan cara tersebut.
Mungkin belum nak buat agaknya. Jawap ayah kamal.
Kamal hanya terdiam seketika, memandang keluar untuk menghilangkan bosan nya dengan cara pemanduan baru ayahnya. Semalam dia turut ikut mengambil kakak nya tapi masih belum terdapat lagi bonggol-bonggol unta ini.
Sedang kamal melayan perasaan nya tiba-tiba dia terhantuk kedepan.
Aduhh!!!keluh kamal bila dahinya menghentak dashboard kereta ayahnya..bila ayah nya tiba –tiba menberhentikan kereta dan dia merasakan keretanya sedikit sengget.
Kenapa nie ayah soal kamal..???


Ayahnya mula mengeluh marah.,lalu keluar kereta sambil mulutnya membebel marah.
Apalah orang ini.jalan berlubang besar macam nie dibiarkan.??.dia melihat beberapa komponen motor dan juga kereta bertaburan di sebelah jalan dekat dengan lubang tersebut. Entah berapa banyak kereta dan motor yang dah menjadi mangsa pada lubang itu,
Kamal keluar untuk melihat lebih dekat hasil yang diperoleh oleh kereta ayahnya. Sedikit calar di bahagian bawah kereta tersebut perhati kamal.



‘Macam-macam lah orang nie, lubang besar macam nie dibiarkan”
. Memang sudah lama lubang itu berada disitu. Bukan tidak perasan tapi ayahnya tadi mengelak sedikit kereta yang berselisih dengannya.
Bapanya hanya mampu mengeluh dengan muka masam ,siapa yang hendak disalahkan. Bukan salah kereta yang diselisihkan tadi.
Ayahnya kemudian terus memasuki kereta untuk mengeluarkan kereta tersebut dari lubang tersebut.
Bapanya terus membebel marah , kamal hanya melayan amarah ayahnya...dia sedar bukan hendak dia atau ayahnya atau kereta tersebut untuk masuk ke lubang besar tu.
Tapi entahlah fikir kamal.
Sedang bapanya terus melayan marahnya tiba-tiba kamal bersuara??
“pelikkan ayah, jalan dibuat bonggol tinggi-tinggi untuk ajar orang bawak kereta hati-hati dan pelahan, tapi lubang dibiarkan..kalau tar kat bonggol-bonggol tu buat guna untuk tutup lubang kan kita tak masuk lubang tadi” spontan kamal berkata pada ayahnya..



Diam ayahnya mendengar kata-kata anaknya.
Perjalanan mengambil kakaknya pulang diteruskan. Mereka pulang , saat sampai dijalan berlubang tadi kamal bercerita pula pada kakaknya yang kepenatan kerja seharian mencari rezeki tentang kejadian yang menimpa dia dan ayahnya.
Esoknya kamal kesekolah bercerita pada teman-temannya tentang kejadia tersebut. Sifat kanak-kanak. Suka bercerita.
Ayahnya dipejabat pula berehat waktu tengahari menyelak akhbar yang sentiasa ceria tentang cerita dalam Negara.
Utusana utusini, dalam kolum berita kaki tajuk “SEORANG PAKCIK TUA MATI KEMALANGAN DISEBABKAN LUBANG BESAR DIJALAN MATI 3” sekadar berita kaki.
Bapanya pula bercerita dengan teman pejabatnya tentang kejadian semalam, tempat yang sama Cuma dia terselamat tapi korban lain untuk lubang tersebut.
.

tamat

11 Apr 2011

ibu~~


Ibu...

seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.
  
  


Jika kita melihat pada hadis ini, betapa tingginya kedudukan seorang wanita yang bernama ibu pada pandangan Allah dan rasullulah, ibu seorang yang sentiasa hampir dengan kita takala kita sedih, gembira,dan duka. Sifat kasih syang yang terdapat dalam diri seorang wanita bernama ibu sukar diertikan dengan kata-kata, tetapi lebih kepada perbuatan,

Kita dapat melihat bagaimana seorang ibu yang bersusah payah untuk menjaga seorang hatta 10 atau 20 orang anak tanpa merasa akan keletihan dan sentiasa mengukir senyuman untuk melayan pelbagai kerenah anak-anaknya. Senyuman yang yang sentiasa mengukir pada bibirnya sentiasa memberikan nya semangat baru untuk terus menjaga anak-anaknya. Ibu juga sering berlapar kerana ingin anak-anaknya kenyang sebelum tidur malam. Hebatnya seorang ibu, pengorbanannya penuh dengan makna. Sentiasa mendahulukan anak-anaknya dalam setiap perkara.

Bagi anak-anak, orang yang paling rapat dengan mereka adalah ibu, setiap masalah diceritakan kepada ibu, jika  bapa memarah kita, ibu lah menjadi tempat kita meminta simpati, bila kita kita merajuk dengan sesuatu, ibu lah orang yang pertama akan merasa akan perasaan kita. Betapa indahnya hidup kita ini dikurnia akan ibu.tempat setiap perasaan kita dikurniakan untuk meluahkan.

Tetapi kita sebagai anak adakah sentisa mengingati insan yang bernama ibu dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasa mendahulukan ibu dan bapa dalam setiap keputusan kita. Jangan kita berkasih sehingga melupakan mereka. Ibu tidak mengharapkan apa-apa dari anaknaya. Hanya mengharapkan kasih sayang anak-anak agar tidak melupakan mereka. Adakah kita sentiasa mengigati mereka dalam doa kita.? Itu adalah perkara asas yang mampu kita lakukan untuk sentiasa mengigati mereka sejak dari awal lagi. Saya masih ingat dengan satu kisah bagaimana seorang ibu yang sudah tua mengharapakan ehsan anak-anak untuk tinggal dirumah mereka, tetapi sering dikatakan memberi masalah, ibu itu berulang alik dengan berjalan kaki untuk pergi setiap rumah anak-anaknya untuk menumpang tidur. Betapa seorang anak sanggup melakukan perkara itu pada seorang ibu. Sedangkan saat mereka kecil ibu itulah yang menyuapkan mereka, membasuh najis mereka. sedih bukan, itulah yang terjadi pada masa sekarang.

  
Jika kita lihat betapa besarnya pengorbanan ibu pada seorang anak, ianya sudah cukup membuatkan kita sentiasa berusaha untuk sentiasa tetap dengan pendirian untuk sentiasa berbuat baik dengan ibu, tiada sebab untuk kita membelakangkan ibu kita dalam kehidupan kita. Penghormatan dan ketaatan kita pada ibu harus dikekalkan dalam diri kita. Seorang ibu tidak pernah ingin melihat anakanya gagal dalam kehidupan. Sentiasa dekat dengan ibu kita untuk kita peroleh keberkatan dalam hidup. Jangan kita jadi seperti kisah sitanggang yang melupakan ibunya saat dia dipuncak kejayaan. Subahaallah.....

(Untuk ibu ku Rosmilah Koya..selamat hari lahir yang ke-47 tahun..semoga sihat dan sentiasa didalam keberkatan Rahmat Allah s.w.t..=)

 



17 Mac 2011

sumayyah~

Sumayyah~
nama yang kurindui selalu...

sumayyah..
nama besar dalam perjuangan kebenaran.mana mungkin kita tidak pernah mendengar kisah tingginya perjuangan prinsip yang meniti jalan kebenaran..
jalan perjuangan yang sentiasa mempunyai kemuncup menghalang dan kadang melalaikan kita sebagai hamba~

sumayyah, yang kita dengar kisahnya saat kita masih kanak-kanak lagi..sedikit kisah mengenai sumayyah ingin ku imbas kembali dalam ingatan ini.mungkin kita kadang terlupa.

sumayyah
Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).
(sumber halaqah.net)

mengimbas kembali kisah cekalnya hati wanita yang bernama sumayyah ini, aku sangat mengharapkan lahirnya nanti anak masa akan datang yang cekalnya seperti sumayyah..
cekal yang memberikan segala keimanannya kepada yang MAHA ESA..

Sumayyah yang aku lihat membesar didepan ku ini,kuharap ianya menjadi seperti Sumayyah binti Khayyath.wanita yang mengharap redha Allah s.w.t.
moga anak kecil ini nanti dikurniakan hati yang mencari cinta-cinta dari MAHA PENCIPTA NYA~


p/s:(sumayyah harrany,anak saudara pertamaku,cerianya,senyum ketawanya memberikan ceria kami sekeluarga.=),moga besarnya nanti memberikan ceria yang berpanjangan,)

26 Feb 2011

HATI PEJUANG

Hati seorang pejuang itu...



- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa..



- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut..



- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut..



- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran..



- Mereka tidak pernah membenci orang lain walaupun hatinya disakiti..



- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting..



- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak..



- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf..



- Tidak mudah merajuk dan mengalah..



- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain..



- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah..



- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak..



- Bersikap tegas dan tidak keras..



- Berpandangan jauh dan terbuka..

8 Feb 2011

14 febuari....

14 febuari..............

Sepanjang tahun....setiap tahun.....

Itulah tarikh yang sering menjadi igauan dalam diri ku...

Aku anak 14 febuari.....

Anak yang dilaungkan sebagai anak yang akan lahir dalam hidup globalisasi..

tanpa mengerti apa itu erti globalisasi...

Aku dicipta pada malam 14 febuari benih malam 14 febuari....

Malam kasih sayang katanya....

Malam pembuktian kasih...sayang..cinta...atas segalanya...

14 december...........
Aku sakit..
Aku merasa tidak selesa...
Aku menjerit meminta tolong...
Adakah ibu mendengar....
Tidak ku rasa..kerana aku tidak melihat dia nya lagi...
Hanya kegelapan malam....atau kegelapan kepalsuan...
aku tidak mengerti mengapa aku berada disini..tempat yang sungguh busuk tiada erti kata..
sedang aku mengharapkan wangian syurga dari kasih seorang ibu..
seorang ibu yang membelai dalam penuh kasih sayang...
tapi mengapa aku disini...hidup dalam sesak udara yang mencengkam kerongkong ku...
mengapa aku tidak merasai udara yang segar...fikir ku...
sebentar tadi ku fikir aku akan mendapat kesempurnaan dalam dakapan ibu..aku melihat ibu menangis saat dia memeluk ku..aku fikir kan ianya air mata gembira saatuntuk menyambut lahirnya putera yang dinanti...
tapi aku hanya bermimpi...
aku diletakan entah dimana selepas itu..aku hanya melihat kegelapan...
kegelapan yang membuatkan aku takut...aku merasa sangat tidak selesa...
sedang ku masih menjerit untuk memanggil ibu agar segera mendapatkan ku..
aku mula merasai hilangnya suara ku....
hilangnya nikmat suara yang diberikan oleh TUHAN YANG ESA...
TUHAN MAHA BERKUASA....
ALLAH AZZAWAJLA...



Nikmat ku ditarik....
Kerana aku menjerit kerisauan..hilangnya ibu...hilangnya terang...hilangnya udara...
Hilangnya pelukan hangat ibu...
Dan timbulnya kesakitan...timbulnya gelap....
Timbulnya sesak udara...timbulnya kesejukan....
Aku semakin hilang...hilang dalam kegelapan....
Hilang dalam gelap dan busuknya udara dihidu...
Aku..mulai lemas...aku mulai gelap...
Udara ku hirup tidak kesampaian...
Udara ku hilang....
Aku mungkin pergi sebentar nanti...pergi untuk kesatu tempat yang pasti IBU...tempat dimana kau juga ibuku akan pergi jika sudah ditetapkan masanya nanti...
Cuma cepat atau lambat ibu...
Aku dicepatkan kerna perbuatan mu ibu...
Tempat yang lebih baik dari bumi ini..kerana DIA sentiasa memberikan yang terbaik bagi hambaNya....
Aku tetap bersyukur ibu..dalam kehangatan yang kau berikan ,ciuaman terakhir sebelum kau pergi..sudah cukup memberikan kegembiraan bagi diriku...
Kerana syurga dibawah kaki mu ibu..aku tetap akan menantikan mu ibu..dalam penuh kesabaran...untuk ku melihat wajah mu lagi....
Kita akan ketemu...
Ibu....



(Kisah dalam 14 febuari...)

11 Jan 2011


Jam....
Masa....
Time....
Waktu...
Perkara yang sering berkaitan dalam hidup kita.....
Jam...
Masa...
Time...
Waktu,...
Kompenan yang penting dalam hidup kita.....
Jam.....
Time.....
Masa.....
Waktu....
Adakah kita menepati masa.....
Jam ....
Time...
Masa...
Saat..
Detik...
Waktu....
Perkara yang sentiasa meninggal kn kita.....
Jam...
Time...
Saat....
Detik....
Waktu...
Adakah kita menghargai nya.....
Adakah kita menepati nya....
Adakah kita sesorang dari pada masa....
Seorang dari waktu....
Seorang dari saat....
Seorng dari jam.....
Atau kita masih terus lupa akan masa....
Masa saat ketika duka..suka...derita...
Dia lh yang sentiasa mencemburui kita dan kita sering alpa  menjaga nya...
Surah  al-asr surah ke-103
1.demi masa 2.sesungguhnya,manusia berada dalam kerugian.3.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Masa.....
Begitu indah jika hargai...ianya akan menjadi sia-sia jika kita tidak menghargai..membiarkan ianya terus berlalu begitu sahaja..
Sesungguhnya masa itu itu lah yang menentukan dimana diri kita...
Masa yang sentiasa berputar tanpa henti..mengantikan siang kepada malam..malam kepada siang..
Muda kepada tua...
Hidup kepada mati...
Kemungkaran kepada kebenaran...
Ianya sentiasa mengikuti kita....
Masa....
Waktu...
Saat...
Detik...
Jam....
Ianya sentiasa berubah...tapi adakah kita juga turut berubah...
Hanya usaha..doa...dan tawakal kita lakukan...