10 Ogo 2013

Cari lah aku disaat bosan atau tak punya kawan,
aku dicipta didunia sebagai hamba Allah s.w.t.
 juga ditambah dgn dicari disaat bosan~keh3

22 Feb 2013

LIMAU



"mak, esok pesan dengan ayah beli limau lagi eh"

"emmmm, yelah"

"eh, biji limau tu kau jangan telan pula"

"kenapa mak, orang telan dah"

"jangan telan,esok kau tengoklah pokok limau hidup dalam perut kau, keluar pokok dari mulut nanti"

"wargghhh!!!. mak orang dah telan banyak dah, kenapa mak tak cakap tadi"sambil tersedu-sedu menangis.

"kau tak tanya" habis lah, esok mesti keluar pokok dari mulut"

man terus menangis dengan harapan biji limau yang di telan tak tumbuh di dalam perutnya, kalau tumbuh macam mana dia ingin bersekolah, dia tak mahu di panggil man pokok limau. walaupun sekarang kawan-kawannya memanggilnya man limau.








18 Feb 2013

Kiriman

Sudah dua hari aku dapat khabar salam dari orang yang aku tidak tahu identitinya (sebenarnya budak baru pindah)
yang menyampaikan salam si Sakinah,tukang jadi posmen. sebenarnya,aku tak pernah lagi orang menyampaikan salam. budak nakal bila pula masa untuk berfikir untuk menyampai salam, menerima salam.
tapi ini kisah budak bersekolah. secara tradisinya bila salam disampaikan ,itu tandanya kau sedang dalam pemerhatian untuk disuai kenalkan. senang bahasa mudahnya kau akan terjebak dengan alam percintaan monyet.
aku perasan Sakinah lalu seperti biasa, waktu rehat ke bilik guru menghantar buku, dia melambai tangan memanggil.

"Shabil, budak baru tu kirim salam degan kau tadi ,hehe"

"oh,yeke, waalaikumussalam"

"yang kau jadi posmen? sampai menyampaikan?"

"hehe,aku tolong je,orang minta tolong"

"ah, yelah, kerja sampingankan"

"dah,itu yang disuruh aku buat, aku sampaikan je. eh, dahlah aku nak pergi bilik guru hantar buku ini,kau dah hantar belum nie bil?"

"eh,dah-dah,terima kasih"

aku berlalu pergi.monolog dalam hati,sebenarnya aku perasan budak yang berkirim salam dengan aku naik satu bas dengan aku, tapi entah, mata aku sebenarnya sering melihat sakinah yang menjadi penolong ketua kelas, menghantar buku ke bilik guru semasa aku duduk lepak dekat astaka bila waktu rehat,dan mata ini tertumpu pada Sakinah sama seperti di dalam bas setiap pergi dan pulang..

Aku menoleh kebelakang,melihat langkahnya.kalaulah Sakinah tahu, sebenarnya aku menanti kiriman salam darinya bukan dari budak baru bertoncet dua tu.






 .

16 Feb 2013

Main

Macam biasa hujung minggu, akan pulang kerumah.
cuti ,apa lagi yang mampu di buat tambah-tambah lagi awal-awal semester.
cuti, seperti biasa dengan aktiviti dengan anak buah.
walaupun sorang, insyaAllah nanti bertambah 2 atau 3 nanti.

petang tadi pergi ambil abah dia balik kerja.
seperti biasa ikut menyibukan diri.
duduk dalam kereta dia makhluk yang tak reti untuk duduk diam,
kanak-kanak normal begitu,hangpa pun kecik-kecik lagi nakal.
keh3..

"mayah jangan main payung tu,nanti abah marah"

"mayah dah main dah pun"

selamba kodok dia jawap macam tu,
yelah kau tunggu besar sikit. tau lah nasib kalau kau degil..

ceh~

1 Feb 2013

Februari

Dapat sms berbau sarcasm pagi-pagi hari. 

" kerja kau dah siap?"

"tak lagi, banyak lagi kena buat, tak tau nak tambah dekat mana"

" ah,tak apalah, nanti siapkan"
"selamat masuk bulan Februari "

"eh,hari ini 1 hb bulan dah? cepatnya"

"dekat rumah tak ada kelender ke?"


-_-


kata-kata semangat bulan ini.