Man memandang zin dengan penuh khyusuk. Setiap butir kata
yang keluar dari mulut zin diteliti dengan baik satu-satu... “hak kita sebagai
penghuni asal tempat ini diambil, perkara ini tidak adil, bagaimana kita hendak
makan dan anak-anak kita nanti”
Banyak tumbuhan mati hanya dalam waktu seminggu ini,
puncanya pelepasan sisa toksik yang dibuang ditempat mereka, tumbuhan sumber
makanan mereka musnah, mereka telah keputusan makanan, hidup dikawasan
pedalaman sebegini meyebabkan mereka perlu berjalan jauh untuk mendapatkan
hasil makanan mereka.
“Tengok sajalah setiap hari kita perlu menyabung nyawa untuk
pergi jauh dari sini untuk mencari makanan,kalau begini keadaanya pergi tak
kembali gamaknya nanti” Zin mula menaikan nada marahnya. Perasaan ini tidak
dapat dibendung lagi, dia tidak mahu anak-anaknya pula menangung beban yang
terkemudian akibat sikap pihak lain yang datang hanya untuk menabur kekayaan
pada diri sendiri tanpa memikirkan hal pihak lain.
“aku tak nak anak-anak aku menjadi mangsa keadaan ini,aku tak
nak isteri aku jadi janda” Man yang khyusuk dari tadi tiba-tiba tergelak
mendengar rungutan zin yang satu itu.
Man bukan tidak
hendak bersuara , tapi dia berfikir, bagaimana hanya bercakap sana sini,
masalah yang mereka hadapi akan selesai, dia kemudian merenung tajam zin.
“zin aku fikir kita perlu buat sesuatu untuk selesaikan
masalah kita ni, kita tak dapat hasil dengan hanya bercakap sana- sini, penduduk
kita perlu sedar juga, aku fikir baik kita jumpa dengan ketua kita, mungkin dia
ada buah fikiran yang bagus”.
“aku setuju je,asal masalah kita selesai,mati pun aku
sanggup asal anak-anak aku yang masih kecil tu terus hidup”
Perjalanan dengan penuh harapan agar ketua mereka tok jib memberikan
buah fikiran yang baik untuk meyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam
fikiran mereka berdua. Harapan untuk meyelesaikan masalah ini secepat mungkin
menjadi perbualan mereka sepanjang perjalanan.
Mereka tidak sanggup
keluar pagi balik petang untuk keluar jauh ke kawasan lain yang belum tentu
selamat untuk diri mereka, tempat tinggal mereka sungguh kaya dengan tumbuhan,
bahan kimia dari kilang toksik berhampiran yang memberikan pulangan berjuta
kepada pihak lain memberikan kesan lansung terhadap mereka, mereka tidak
sanggup menhadapi bau busuk toksik, kesan kimia terhadap mereka, mereka tidak
mahu mandul untuk kebelangsungan generasi mereka, mereka tidak mahu bangsa
mereka pupus akibat sikap pihak lain.
Pembangunan toksik yang konon nya memberikan pulangan
berjuta kepada Negara dan dijamin tidak memberikan kesan kepada alam selitar,
sekarang mula memberikan kesan yang mereka rasai,
“korang nak kemana ni? Semacam je laju..” tegur zaini,
mereka berdua tidak perasan zaini yang berada dilaluan mereka, mereka terlalu
asyik berbual mengenai masalah mereka hadapi.
“kami hendak ke rumah ketua, tempat kita ni dah tercemar
teruk dengan bahan toksik dari kilang tu.”
“kau tak perasan ke zaini?” soal zin..
“eh, aku perasan benda nie, aku sebenarnya nak cari korang
lah untuk bincang perkara nie, aku dah tak sanggup lagi,dah seminggu aku
terpaksa cari makanan di luar,”
“baguslah.. jom kita pergi ke rumah ketua kita sekarang “
tegas man yang sememangnya sangat bersemangat dengan masalah yang mereka sedang
hadapi.
Rumah ketua mereka Tok Jib di tuju. Tok Jib ketua yang
mereka pilih pada sesi lepas,selepas ketua lama mereka hilang waktu keluar
mencari makanan diluar. Mungkin mati dibaham oleh “pemangsa” fikir mereka
semua.
Tradisi tempat mereka , kuasa pemerintahan memang diwarisi
turun temurun, mereka percaya kepada darah pemimpin yang ada pada waris ketua,
ada “daulat” tersendiri fikir penghuni kawasan tersebut.
Bagi man,zin dan zaini, darah sejuk mereka yang mengalir
sentiasa panas, banyak pandangan ketua mereka tidak selari dengan pendapat
mereka, tapi apakan daya. Hanya mereka bertiga yang memberontak, lainya, hanya angguk
setuju dengan setiap keputusan yang di buat oleh Tok Jib.
Mereka memang suka menentang, tapi kerana satu sebab,
pendapat yang ketua mereka berikan sering kali tidak memberikan kepentingan
kepada penduduk, kerana itu mereka sering menentang.
Tok jib sedang meletakkan bahan mentah makanan nya dihadapan
rumahnya,
Mereka bertiga tersenyum, mereka mengerti, tentunya tok jib
baru pulang dari mencari makanan. Tentu dia turut merasakan kesan toksik yang
melanda mereka.
“Selamat sejahtera tok” mereka bertiga serentak menegur tok
jib.
“ermmm,” jawab tok jib, perasaanya pada mereka bertiga
menjadi tawar selepas meraka bertiga menentang usahanya untuk memberikan
sedikit kawasan mereka kepada pihak lain untuk dijadikan perkampungan.
“baru balik dari mana tok” tanya zin.
“aku baru balik dari cari bahan makanan” tok jib menjawab.
“kami datang ada hajat tok, saya terus terang pada hajat
kami bertiga untuk berbincang dengan tok tentang masalah yang sedang penduduk
kawasan ni hadapi” man mula bersuara.
Zin dan zaini memberikan laluan kepada man, mereka berdua
sedar yang man punya tutur kata yang lebih baik untuk berkompromi dengan banyak
pihak, sikap tegasnnya memang diakui.
“saya dan rakan-rakan lain dah seminggu terpaksa mencari makanan
diluar tok, kawasan kita sudah tercemar. Saya tak mahu anak bini saya mati
kebulurun di tanah sendiri. Jangan paksa kami”!! nada tegas man sedikit membuat
tok jib membesarkan sedikit matanya.
Terperanjat dengan nada man.
“aku tau perkara tu man, tapi kita sebagai penghuni tempat
ini harus patuh, aku dengar pihak tu akan memberikan jaminan yang tempat kita
tidak akan tercemar”
“ perkara yang berlaku mungkin kesilapan teknikal”
Tok jib. Orang yang sentiasa menyokong segala perkara
dilakukan oleh pihak lain. Baginya segalanya halal. Asal dia hidup aman..
“sudah lah tok, saya malas nak bincang dengan tok lagi,
sikap tok buat kami makin menyampah dengan kerja tok, mengampu tak kira masa”
“fikir nasib anak cucu kita tok” tinggi suara man. Amarahnya
terhadap tok jib tidak dapat dibendung lagi.
Dia “terbakar” dengan cakap-cakap tok jib.
Mereka bertiga beredar, langkah drastik harus diambil, jika
perlu mandi darah melawan tok jib harus mereka ambil, mereka bertekad untuk
terus juga,
“aku nak mengerakan masyarakat kita untuk menentang pihak
tersebut, dari dulu mereka mengangu kita, mereka tidak puas dengan apa yang
mereka ada.” Zai mula bersuara,
Dia mempunyai sedikit ilmu dan pengalaman semasa tinggal di
lembah klang, banyak peristiwa kebangkitan masyarakat tertindas dia lihat dan
dengar.
Inilah masanya dia mengerakan masyarakatnya, untuk menuntut
kembali hak mereka.
“begini.mulai sekarang kita sebarkan maklumat mengenai
bahaya bahan toksik ini kepada semua bangsa kita”,
Selagi boleh kita gerakan mereka,biar mereka tahu tentang
bahayanya bahan toksik ni untuk mereka dan masa depan anak-anak mereka.
Mereka bertiga bersetuju dengan cadangan zai.
Strategi disusun, maklumat digunakan sebaiknya oleh mereka
untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mereka,
Meraka tak mahu proses angguk setuju,dan pembodohan bangsa
meraka terus dijalankan untuk mengenyangkan 2,3 orang puak yang pentingkan diri
sendiri.
Sebaran maklumat berjalan,sudah 3 hari mereka menjalankan
perancangan mereka,jumlah yang menyokong semakin bertambah, dari 10,menjadi
30,dari 30 menjadi 90.
Mereka merasakan sokongan yang cukup kuat, mereka bertiga
mengerti ,bangsa mereka bukan ingin begini,tapi keadaan memaksa mereka untuk
menjadi lebih berani untuk bersuara, selama ini mereka takut,dan kurang mengerti
masalah yang mereka hadapi. Mereka sering dimomok-momokan dengan manis mulut
tok jib.
Tok jib mula merasa terancam,keaadaan sudah berubah,dia
merasakan posisinya dicabar,tapi apa yang dia mampu buat, penyokongnya dulu pun
mula berpaling tadah.
Berita mengenai gerakan demontrasi membantah tindakan pihak
menbuang sisa toksik bertiup kencang.
Bagai angin lalu,mula dirasakan lembut,tapi semakin kencang
bila hujan turut serta,dan kuasa yang mengerakannya semakin kuat,
Demontrasi yang tidak dirancang berjalan,semuanya bermula
bila zai mula menberikan ucapan,
“……saudara semua adalah bangsa yang hebat,mengapa kita
biarkan pihak lain memijak kepala kita”
“…Pembodohan ini harus dihentikan,”
“Kita tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa oleh pihak
yang mementingkan keunttungan,”
“Hari ini kita berkumpul bagi menyatakan pendirian kita
terhadap masalah ini,dan turunkan ketua kita yang kaki mengampu itu”
Laungan “tok jib turun” semakin kuat..
“hidup-hidup ,hidup keamanan” semakin kencang,
Laungan dari peserta.
Mereka mula bergerak..
Rumah tok jib menjadi tujuan…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Gelap……….
Pening mula menangkap kepala, mual tekak mula menjelma,
Sisa toksik menyerap kehidup,pedih mata, sesak nafas mereka
yang mula bergerak dirasakan,
“ah, sisa toksik dicampakkan,mereka tak mampu berbuat apa,
menunggu ajal tiba”
Mereka mula sedar mereka hanya ikan di sungai
lembing,puyu,patin,baung,jelawat, dan haruan..
Mereka bukan manusia,manusia khalifah yang menguruskan bumi
ini..mereka menunpang bagi diuruskan, tapi ,hak mereka dirampas.
Gelap,makin gelap.ajal tiba tak lama,
Sekejap,akibat toksik di sungai lembing~