22 Feb 2013

LIMAU



"mak, esok pesan dengan ayah beli limau lagi eh"

"emmmm, yelah"

"eh, biji limau tu kau jangan telan pula"

"kenapa mak, orang telan dah"

"jangan telan,esok kau tengoklah pokok limau hidup dalam perut kau, keluar pokok dari mulut nanti"

"wargghhh!!!. mak orang dah telan banyak dah, kenapa mak tak cakap tadi"sambil tersedu-sedu menangis.

"kau tak tanya" habis lah, esok mesti keluar pokok dari mulut"

man terus menangis dengan harapan biji limau yang di telan tak tumbuh di dalam perutnya, kalau tumbuh macam mana dia ingin bersekolah, dia tak mahu di panggil man pokok limau. walaupun sekarang kawan-kawannya memanggilnya man limau.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan